Kontroversi Orhan Pamuk

Tuduhan menghasut

Dalam wawancara oleh majalah Das Magazin, di Switzerland pada Februari 2005 , Orphan Pamuk menyatakan 30,000 etnik Kurdi dan 1000,000 Armenia dibunuh dan tiada rakyat Turki berani tampil ke hadapan untuk membela, seumpama peristiwa Holokus di Jerman.

Pada Jun 2005, Turki menguatkuasakan undang-undang baru yang akan menghukum mereka yang menghina tindakan kerajaan Turki. Jika sabit kesalahan , akan dihukum penjara 6 bulan hingga 3 tahun. Orphan terlepas kerana ketika ucapan itu dilakukan, undang-undang itu belum dikuatkuasakan. Namun ramai rakyat Turki yang marah kepada Orphan Pamuk kerana dikatakan menghina negara bangsa Turki. Ada sebahagian enulis Turki menuduh Orphan Pamuk hanya mendedahkan keburukan negara dan bangsa Turki tapi memejamkan mata terhadap isu Palestin, Afghanistan, Iraq dan kekejaman yang dilakukan Amerika, Britain dan lain-lain kuasa besar. Sebelum ini Orphan Pamuk tidak konsisten membicarakan masalah etnik Kurdi dan Armenia.

Orphan Pamuk dituduh gilakan Hadiah Nobel yang akhirnya diberikan kepada Harold Pinter dari Britain. Ternyata Yaşar Kemal, sasterawan Turki lebih awal prihatin terhadap etnik Kurdi. Karya Orphan Pamuk dianggap mengganggu proses kemasukan Turki ke dalam Kesatuan Eropah.

Reaksi antarabangsa

Kontroversi tentang Orphan Pamuk mendapat liputan masyarakat Eropah kerana Turki bakal menyertai Kesatuan Eropah. Pada 30 November, Parlimen Eropah setuju 5 wakil menyiasat pembersihan etnik Kurdi dan Armenia yang diketuai oleh Camiel Eurling.

Pada 1 Disember, Amnesty International mendesak Turki membatalkan penguatkuasaan Akta 301 , membenarkan Orphan Pamuk bersuara .

Pada 13 Disember, lapan penulis tersohor di dunia iaitu Jose Saramago, Gabriel Garcia Marquez, Günter Grass, Umberto Eco, Carlos Fuentes, Juan Goytisolo, John Updike dan Mario Vargas Llosa mengecam Turki kerana melanggar hak asasi manusia.